Sekadar Hiasan
Teknik 3
Saya
akan ceritakan bagaimana anda boleh menghafal atau mengingat semua kata
kunci yang telah anda tukarkan kepada bentuk gambar tadi.
Katakan anda ada lima kata kunci dalam nota anda.
Setelah anda tukarkan kepada gambar, apakah cara terbaik untuk anda
mengingatinya? Cuba teknik yang saya namakan ‘cerita kreatif’ ini.
Katakan, 5 kata kunci saya ialah
1. Kucing
2. Karipap
3. Selipar Jepun
4. Besi buruk
5. Masjid
1. Kucing
2. Karipap
3. Selipar Jepun
4. Besi buruk
5. Masjid
Setelah anda tukarkan kepada bentuk gambar, anda
patut membuat satu cerita ringkas supaya anda mudah untuk mengingatnya.
Ada 3 syarat utama semasa anda membuat cerita tersebut.
1. Cerita itu mesti ringkas dan pendek.
2. Cerita itu mesti menggunakan kata kunci nota anda mengikut turutan.
3. Cerita itu mesti mengaitkan semua kata kunci tadi.
2. Cerita itu mesti menggunakan kata kunci nota anda mengikut turutan.
3. Cerita itu mesti mengaitkan semua kata kunci tadi.
Contohnya, anda boleh tulis cerita ringkas itu begini:
“Kucing saya sedang makan karipap sambil memakai selipar Jepun. Tiba-tiba sebatang besi buruk jatuh di depannya dan ia terus berlari sampai ke masjid di belakang rumah saya.”
“Kucing saya sedang makan karipap sambil memakai selipar Jepun. Tiba-tiba sebatang besi buruk jatuh di depannya dan ia terus berlari sampai ke masjid di belakang rumah saya.”
Apabila anda
tulis cerita ini, anda patut bayangkan bagaimana agaknya kalau kucing
anda makan karipap sambil memakai selipar Jepun. Imaginasi anda atau apa
yang anda bayangkan ini akan membantu daya kekuatan memori anda.
Dalam masa yang sama, saya cadangkan anda lukiskan
cerita anda itu. Maksudnya, seperti contoh cerita saya tadi, saya akan
lukiskan seekor kucing sedang makan karipap sambil memakai selipar
Jepun. Gunakan imaginasi anda untuk melukis gambar tersebut. Gambar anda
tidak semestinya gambar yang cantik seperti lukisan pelukis kartun
professional. Cukup sekadar gambar itu dapat menggambarkan cerita anda
tadi. Tetapi, harapnya, jangan anda lukis gambar kucing tapi jadi gambar
lembu sudahlah.
Untuk membuat cerita anda lebih mudah diingati, ada 3 lagi tips tambahan.
Untuk membuat cerita anda lebih mudah diingati, ada 3 lagi tips tambahan.
1. Cerita anda tidak semestinya logik atau munasabah – Anda tidak perlu risau tentang tatabahasa, jalan cerita mengarut, tidak masuk akal dan sebagainya. Cerita yang menarik selalunya pelik daripada biasa. Lebih pelik cerita itu, lebih mudah anda ingat.2. Masukkan aksi dalam cerita anda – Jika cerita anda cuma “Saya ada kucing. Saya pergi beli karipap di pasar. Saya pakai selipar Jepun semasa ke pasar. Kemudian saya nampak sebatang besi buruk di depan masjid di hadapan pasar tersebut.” Cerita yang begini agak membosankan dan anda akan mudah lupa pada cerita ini. Letakkan aksi yang menarik dan yang boleh membuat anda rasa berminat pada cerita tersebut.3. Masukkan unsur-unsur komedi dalam cerita anda – Anda akan lebih mudah ingat cerita yang kelakar berbanding cerita yang serius. Cerita yang kelakar juga boleh meningkatkan tahap kreativiti anda. Jadi, buat cerita yang kelakar dan mencuit hati anda.
Gunakan teknik ini untuk menghafal nota-nota anda. Saya cadangkan anda bekerjasama dengan beberapa orang kawan anda untuk menghasilkan nota yang kreatif begini. Mungkin ada kawan anda yang pandai melukis dan mungkin kawan anda yang pandai membuat cerita-cerita kelakar menggunakan kata kunci dalam nota anda.

1 comment:
Casino Tycoon Jobs - JT Hub
Find a job 안동 출장샵 at Casino Tycoon in Phoenix 파주 출장마사지 at JT Hub. 거제 출장샵 Get the latest hiring offers, compare openings, and 충청남도 출장샵 find the perfect one-of-a-kind job. 안성 출장안마
Post a Comment