Sekadar Hiasan
Teknik 1
Teknik
pertama untuk memindahkan fakta daripada memori jangka masa pendek ke
memori jangka masa panjang yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah teknik pengulangan (Repetition).
Ada satu pepatah Bahasa Inggeris yang mengatakan ‘Repetition is the
mother of all skills’ yang bermaksud bahawa pengulangan adalah ibu
kepada segala kemahiran.
Masalah daripada kajian
yang mengatakan anda akan lupa 90% daripada apa yang anda pelajari tadi
dapat diatasi dengan membuat pengulangan. Begini, setelah guru anda
mengajar di dalam kelas dan setelah anda memahaminya, anda perlu
membacanya semula sebelum 48 jam berakhir. Contohnya, katakan guru anda
mengajar subjek sejarah pada pagi hari Selasa, anda perlu membaca semula
nota-nota yang anda tulis dalam kelas itu sebelum pagi hari Khamis.
Jika anda tidak baca semula, anda akan lupa lebih
90% daripada apa yang anda telah pelajari itu. Jika anda menunggu hingga
guru anda masuk ke kelas dan mengajar semula pada minggu hadapan, anda
mungkin sudah lupa kesemuanya dan terpaksa bekerja keras untuk
memahaminya semula dari peringkat awal. Bukankah itu merugikan?
Jadi, untuk memudahkan anda mengingat apa yang guru anda
ajarkan, ikuti 4 langkah ini.
1.
Fokus kepada guru anda ketika beliau mengajar di dalam kelas. Tumpukan
perhatian anda kepada apa yang diajarkan. Salin nota yang guru anda
berikan dan buat catatan anda sendiri tentang apa yang anda telah faham.
Ini bermaksud, anda perlu berfikir tentang apa yang guru anda ajarkan.
2. Sebaik-baiknya, pada waktu malam hari yang
sama, anda buka semula buku nota yang anda salin tadi dan baca dari awal
hingga akhir. Jika anda tidak sempat membuka nota itu semula pada hari
yang sama, selewat-lewatnya lakukan pada keesokan harinya. Lebih lewat
daripada itu anda akan lupa lebih banyak lagi.
3.
Semasa anda membaca nota tersebut, bayangkan semula bagaimana cara guru
anda mengajar di dalam kelas tadi. Bayangkan apa yang terjadi di dalam
kelas tadi. Semasa anda baca semula nota yang anda salin, anda
seolah-olah dapat melihat semula keadaan di dalam kelas anda siang tadi.
Ini menguatkan lagi ingatan anda kepada apa yang anda baru pelajari.
4. Jika boleh, baca nota itu berulang-ulang kali.
Kali pertama mungkin anda baca dengan perlahan tetapi setelah dibaca
berulang-ulang kali, anda akan baca dengan lebih laju lagi. Ini akan
menjimatkan masa anda.

No comments:
Post a Comment